Monday 13 April 2009

Kebahagiaannya Kebahagiaanku


بسم الله الرحمن الرحيم


Situasi A :
""Karimah, jom teman aku pergi rumah Kausar.Aku tertinggal buku la kat sana.Esok exam. Semua nota aku dalam tu.Jalan ke rumah dia tu gelap la.Aku takut," pinta Salmah.

" Ala,aku letih la.Maaf yer.Lain kali, kalau ko ajak aku ikut.Sorry sangat.Aku memang dah ngantuk sangat sekarang ni.Ko cube la ajak Melisa," jawab Karimah.

Situasi B:
" Maryam, aku nak minta tolong sikit la.Ko boleh tolong pergi pasar tak?Maaf menyusahkan ko tapi aku tak menang tangan la," Ros memandang Maryam dengan muka penuh harapan.

" Tak pe je.Apa guna kawan kan?Mana list makanan?"Maryam mengambil kertas senarai sayur sambil tersenyum.

Ape pemerhatian anda terhadap dua situasi ini?
Pelbagai andaian dan kesimpulan yang kita boleh ambil darinya.
Kawan tidak akan dikatakan sahabat jika tidak menangis bersama, ketawa bersama, bermain bersama dan .................


Letih!
Kaki dilangkah ke dalam rumah.Beg ditarik dari bahu.Stokin ditanggalkan.
Bum!
Badan yang letih ini terasa sangat selesa berlapikkan tilam yang empuk ini.
Mata hampir terlelap.Sempat menjeling pada jarum jam yang sedang berpaut pada angka 6.
6.30pm
Tiba-tiba...
"Karimah, jom teman aku pergi rumah Kausar.Aku tertinggal buku la kat sana.Esok exam. Semua nota aku dalam tu.Jalan ke rumah dia tu gelap la.Aku takut," pinta Salmah.

Mata kembali terbuka.Adus..malasnya. Aku letih sangat.Ditarik jam loceng di tepi katil.
6.45pm
Hampir gelap.Bahaya kawan aku ni.Karimah terus bangkit.Disarungnya stokin dan ditarik beg ke bahu.
"Jom kita pergi sebelum gelap,"kata Karimah.

عن أبي حمزة أنس بن مالك رضي الله عنه ، خادم رسول الله صلي الله عليه وسلم ، عن النبي صلي الله عليه وسلم قال : (( لا يؤمن أحدكم حتي يحب لأخيه ما يحب لنفسه )) .

رواه البخاري [ رقم : 13 ] ، ومسلم [ رقم : 45 ] .

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:
((Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi
saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.))
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Pemerhatian.
Kebahagiaan kawan adalah kebahagiaan kita.Kesedihan kawan adalah kesedihan kita.
Dia takut, kita juga dapat merasai ketakutan itu.
Letakkan diri kita pada tempatnya. Macam mana perasaan kita jika melalui jalan gelap itu berseorangan.
Ingatlah, setiap apa yang kita lakukan..jika ia kearah kebaikan.Ingatlah.Allah akan membalasnya dengan kebaikan walaupun sedikit.
Keikhlasanlah peranan utama di sini.
Bukan setakat kawan,rakan dan teman..malah ibu bapa dan orang lain.
Hidup dalam memberi lebih bermakna dari hidup dalam menerima.



عن أبي هريرة رضي الله عته ، عن التبي صلي الله عليه وسلم قال : (( من نفس عت مؤمن كربة من كرب الدنيا نفس الله عته كربة من كرب يوم القيامة ، ومن يسر علي معسر ، يسر الله عليه فى الدتيا والآخرة ، ومن ستر مسلما ستره الله قي الدتيا والآخرة ، والله في عون العبد ما كان العبد في عون أخيه ، ومن سلك طريقا يلتمس قيه علما سهل الله له به طريقا الي الجنة ، وما اجتمع قوم قي بيت من بيوت الله يتلون كتاب الله ، ويتدارسونه بينهم ، الا نزلت عليهم السكينة ، وغشيتهم الرحمة ، وحفتهم الملائكة ، وذكرهم الله فيما عنده ، ومن أبطأ به عمله لم يسرع به نسبه )) .

رواه مسلم [ رقم : 2699 ] بهذا اللفظ .

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim dengan lafaz ini.
Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:
((Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup ke'aiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup ke'aibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya. Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu kaum tidak berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal) mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya. Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya.))



Islam adalah agama tolong menolong juga bantu membantu.
Here it is our secret towards success.
Ta'aawun (تعاون ) : Tolong menolong.

Tatkala kini..kita telah berada di dalam tahun 2009.Tetapi akhlak dan sikap toleransi manusia semakin pupus di mana kita tidak lagi menghiraukan keadaan sekeliling kita.
Nenek buta sedang melintas jalan. 'Ah!Biarkan sahaja.'
Seorang remaja terjatuh buku-bukunya. 'Pandai-pandai la tu kutip sendiri.'

Banyak lagi contoh yang boleh kita ambil dan yang lebih memeningkan kepala:
Kawan sedang melakukan maksiat. 'Kubur masing-masing.Tak usah menjaga tepi kain orang.'
Adakah kita tidak akan melalui alam barzakh?
Adakah kita tidak akan dibangkitkan?
Adakah kita akan terlepas daripada soalan-soalan Allah S.W.T?

Rakan kita akan menyalahkan kita di akhirat kelak kerana tidak pernah menegahnya dari
kesalahannya sedangkan kita mengetahui kebenaran.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه ، قال : سمعت رسول الله صلي الله عليه وسلم يقول :(( من رأى منكم منكرا فليغيره بيده ، فإن لم يستطع فبلسانه ، فإن لم يستطع فبقلبه ، وذلك أضعف الإيمان )) .

رواه مسلم [ رقم : 49 ] .


Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim.
Daripada Abu Sa'id al-Khudrie r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
((Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman.))


نور الهدوء
13 April 2009
17 Rabiu Ath-thani 1430
17.40pm
Daruzzak,Qunaiytrah


Islam akar Rohani, Rasional siraman Fikrah, Ketenangan baja Kekuatan

1 comment:

  1. Tak nak letak shout box ke? Boleh main komen-komen. =D

    - Kak Lilah -

    Lawa blog, tahniah =)

    ReplyDelete